Saturday, September 29, 2012

Pengalaman: Sunburn hari 1

Situasi

Pada 29.9.2012 (sabtu) yang lepas kami ada buat family day di Tanjung Aru 2. Start dari jam8am-3pm, dalam tempoh masa itulah saya telah di kena sunburn! Balik saja rumah bermulalah tempelan timun-timun di wajahku....sedapnya....sejuk!


Hari pertama
Perbezaan yang sangat ketara selepas kena sunburn tu

Malam tu bermulalah tempelan timun2 di muka
 

Pakai la Sunblock


             Salam, hari ni office ada buat ala2 family day...so saya kena handle aktiviti start dari jam8am-3pm. Punyalah main temberangkan tidak pakai SUNBLOCK! Nah, ambik ko kena suda sunburn di muka ha3. You all kalo pegi tempat2 yang panas atau aktiviti luar yang panjang terutamanya pantai! Pegi la beli sunblock atau sunscreen kan mencegah itu lebih baik? Jgn jadi cam saya ye kawan2 ha3.

SUNBLOCK

Adalah barangan wajib yang perlu dipakai jika kamu menjalani aktiviti luar yang panas. Penggunaan sunblock bergantung kepada jenis kulit seperti:

1.  Kulit yang sangat berminyak:

Gunakan losen penyerap minyak terlebih dahulu sebelum menggunakan sunblock.

2.  Kulit berminyak:

Pilih sunblock yang bebas minyak (oil free) dan lebih baik jika kalis air (waterproof) kerana ia tidak akan luntur dek peluh.

3.  Kulit kering:

Gunakan pelembab yang mengandungi sunblock sebaiknya minimum SPF 15. Juga pastikan ia bersifat Board Spectrum iaitu melindungi kulit dari sinar UVA (penyebab penuaan kulit) dan UVB (penyebab gelapnya kulit)

SPF ITU APA?

- Bermaksud Sun Protection Factor.

- Angka yang tertera pada SPF menunjukkan berapa lama anda boleh berada di bawah cahaya matahari sebelum terbakar sinarnya. Contohnya, SPF 15, bila anda bertahan di bawah sinar matahari selama 15 minit, maka produk tersebut akan melindungi kulit selama 225 minit (15*15=225) atau 3 jam 45 minit.

- Bila kamu tidak banyak melakukan akitiviti luar, sebaiknya pilih SPF yang rendah iaitu SPF 10.

- Perlu diketahui, bahawa SPF hanya dapat melindungi kulit daripada sinaran UVB sahaja. Sebaiknya pilih produk yang sekali gus dapat melindungi kulit dari bahaya sinar UVA, iaitu mengandungi avobenzone, titanium dioxide atau zinc oxide.

- Formula tambahan yangboleh dijadikan pilihan adalah seperti yang mengandungi vitamin C dan vitamin E, kerana kedua-duanya boleh mengelakkan efek negatif dari radikal bebas yang dibawa oleh sinar matahari.


TIPS BILA KENA SUNBURN

1. Lidah Buaya

Lendir lidah buaya yang segar dari daunnya merupakan ubat paling mujarab untuk menghilangkan kesan terbakar matahari. Potong daun lidah buaya dan sapukan lendirnya pada kawasan yang terbakar. Ia akan melegakan kulit muka.


2. Timun dan Tomato
 

Ambil hirisan timun atau tomato yang telah disejukkan dan letakkan pada kawasan yang terkena panahan matahari. Astrigen semula jadi dalam jus kedua-dua jenis sayur ini membantu meredakan kesakitan dan menghilangkan kesan kemerahan akibat kulit yang terbakar.


3. Yorgart


Pastikan jangan pula sapukan yogurt berperisa pada kulit. Ambil yogurt asli dan ratakan pada kulit yang terkena panahan matahari. Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air sejuk. lap sehingga kering dengan perlahan-lahan.

Skrg ni sy guna tips pakai timun kat muka...alhamdulllilah berkesan utk meredahkan rasa berdenyut2 di muka ini :)

6 ITEM KURANGKAN KESAN SUNBURN DI RUMAH
1. Air - Minum dengan banyak.

2. Ais - Letakkan dibahagian yang kena Sunburn.

3. Timun - mengurangkan rasa panas dan gatal.

4. Baking soda - Semasa mandi masukkan 1 sukatan baking soda ke dalam air mandian. Kemudian berendam dalam air selama 25 minit dan rasa gatal pada kulit akan kurang.

5. Lemon - Letakkan titisan juice ke bahagian yang kena sunburn.

6. Mandian oatmeal

More here

Thursday, September 27, 2012

Nasi Ambal by Fijie

                  Salam, so untuk pertama kalinya saya melihat, merasa dan menikmati NASI AMBENG (maaf la ye jika ejaan/sebutannya salah). Pada saya dari cara persembahan makanan menarik sebab ada macam2 la kat dalam dulang tu. Antaranya:
         1.  Nasi
         2.  Mee goreng
         3.  Ulam
         4.  Ayam masak kijap
         5.  Ikan keropok goreng
         6.  dan lain boleh tambah ikut rasa suka hati la ye... kot?

              Alhamdullilah, habis juga la nasi ambeng tu...trimas encik pigie :) so akan datang boleh la buat lagikan? Ni lah bestnya kalo satu office tu macam2 kawan ada. So, boleh la share makanan2 yang jarang orang office ni makan kan..kannn...kannn.... ENJOY!

Wednesday, September 26, 2012

Revolusi nasi pataya?



           Nasi goreng Pataya atau Nasi Pataya sememangnya salah satu jenis makanan ORDER yang popular kalau makan di restauran melayu kalau tak ada Nasi Pataya mesti Nasi Goreng Kampung...kalau tak ada juga Nasi Goreng ayam kan? Kalauuu la tak ada juga... ermm korang makan je la Nasi Campur he3.Tapi saya da lama tak makan Nasi Pataya ni adik lelaki saya-Wan memang peminat setia! Siap minta extra telur mata kobau ehh jap…itu saya la pula hu3. Tengoklah camna esok – esok ke saya belanja my family after gaji MAKAN BESAR!! Apa2 pun tengok2 la gambar Nasi Pataya dalam pelbagai bentuk ni :)


photo from www.indrahalim.com

photo from http://dsilenthearty.blogspot.com
photo from http://www.makanmaniacs.com
photo from http://www.myresipi.com



Macam? ada berani makan...

Monday, September 24, 2012

Ayam penyet @ Sembulan

Salam, yup masa untuk makan tengahari! So, kepada mereka yang tercari2 tempat makan baru silalah mencuba makan di tempat ni SUPER AYAM PENYET di area Sembulan. Cari punya cari tak dapat?? Of course la tak dapatkan...sebab tempat ni bukan di dalam kedai2 atau restaurant biasa. Kedai makan ni berada di kawasan perumahan banglo 2 tingkat ( atas rumah bawah kedai makan ).

My komen

1.  Tempat letak kereta amatlah LIMITED! Jadi sila tumpang menumpang ;p
2. Makanan sedap juga la!
3. Harga makanan berpatutan
4. Tapi yang sangat tidak best tu...order lambat yo~







Saturday, September 22, 2012

Perpustakaan Negeri Sabah pindah




           Sepa pernah pegi Perpustakaan Negeri Sabah yang ada digambar atas? Bangunan ini telah dirasmikan oleh T.YT Yang Di Pertua Negeri Sabah, Datuk Ahmad Koroh pada 17.12.1977 (sabtu). Saya memang jarang2 pegi last pegi konon mau p pinjam buku sekali terpampang di depan pintu WE HAVE MOVED TO SURIA SABAH! Nah, tahniah la... terasa macam sia2 pla perjalanan dari Menggatal ke KK ni ha3. Apa2 hal semua suda jadi kenangan tapi tidak tau pla apa kejadian tempat lama ni. Mau buat apa la dengan ni bangunan??

Lelaki, Telefon & Gadis

Situasi 1
Sebelum ni, si lelaki tiap-tiap hari akan call + msg. Kadang buat si gadis rimas tapi tiba-tiba si lelaki semakin jarang call + msg. Sampai masa si gadis pula yang call + msg semula. Tu pun reply msg sekali saja dan kadang langsung tak balas. Akhirnya, si lelaki senyap...

Si gadis "Apa salah saya? Apa da saya buat ni? "

Disebaliknya : “It isn’t you! It’s me…hehe” Ertinya si lelaki da tak minat kat si gadis, da boring tu.

Situasi 2
Si lelaki & si gadis yang baru berkenalan saling bertukar-tukar no hp. Si lelaki selalu call + msg Si gadis. Tapi bila masa Si gadis call selalu tak dapat.

Si gadis "Dia suka kat saya ke tidak ni?"

Disebaliknya: "I'm married so I cannot layan you 24hours" Yup, berkemungkinan besar Si lelaki da kahwin!

Ada sepa2 nak share experience mereka mengenai LELAKI,TELEFON & GADIS dipersilakan...

Sunday, September 16, 2012

Love again? Personal tips...

Photo from favim.com
WHERE IS THE LOVE?? I think love is somewhere around but to find true love you need patience ( I'm patience what?). How to find true love? 
1.  Wait at the bus station.
2.  Promote yourself as a single lady through your friends FB wall.        
3.  Go for a blind-date.
4.  Ask the boy ARE YOU MY TRUE LOVE?
5.  Its time to say Hello to your x-classmate that used to be nerd back years before ha3!

So, which one will you say YES? or maybe all above is totally unacceptable...                              

Photo from Fanpop.com
 It is a risk to love. What if it doesn't work put? ah but what if it does? Sound like 50/50 right... want to love or no love at all. Hey ladies its worthed to try (my friend said TRY AND ERROR). Just before you go further... these some words from me:

1. DON'T ever give your full love to the guy to-be your BF.
2. Try not to tell him everything... I don't like PINK~
3. My FB is mine your FB is also mine ;p
4. Hey I have other hp number and he don't need to know that.
5. ahh...last one its a secret ask me ...

Photo from jojotayag.tumblr.com

Selamat Hari Malaysia 2012


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...