|
Laksa Penang |
|
Bakso ayam |
Laksa Penang memang sedap! Bakso & Soto pun sedap juga! Kepada peminat atau yang teringin mo makan Laksa Penang boleh la bertandang di Food Court Indah Permai (IP) berdekatan dengan Sepanggar. Macam-macam ada di sana mula dari nasi campur, makanan bergoreng, kek, kuih-kuih, buah-buahan, dan juga GIANT hehehe...
Perbezaan Soto & Bakso? Kalau dari pemerhatian saya la, sup + mee sama saja cuma yang bezanya:
1. Soto + ayam/daging/urat/campur dan
2. Bakso + bebola daging (diproses sendiri oleh penjualnya)
Resepi Bakso:
Bahan-bahan ( 7-8 org )
Mee Hoon 1 bungkus (400 gm)
Taugeh
Kobis dihiris halus
*UTK BEBOLA
400 gm daging cincang
2 biji bawang merah diracik halus
2 biji bawang putih diracik halus
2 sb telur (1/2 biji)
1 sk tepung ubi / tepung jagung
sedikit serbuk lada sulah n garam
*UTK KUAH
3 biji bawang merah dihiris
* 3 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
*1sk lada sulah biji
1 batang serai diketuk
1 sb pati daging / pati ayam
sedikit serbuk lada sulah
garam n perasa
Cara-cara
UTK KUAH:
-Tumbuk bahan bertanda *.Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan.
- Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau.
- Masukkan sekali serai.
- Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa.
UTK BEBOLA:
- Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah n bebola
- Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis. Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain.
- Biasanya di Indonesia, bakso dihidang dgn cili padi yg ditumbuk berasingan dgn kicap (iaitu kicap ABC).
Selamat Mencuba :)