Tuesday, November 15, 2011

Malaysia Art Book Fair 2011


Pesta Buku Seni (BSVN)Malaysia pertama 2011 untuk Balai Seni Visual Negara (BSVN) yang akan berlangsung dari 01 hingga 15 Disember 2011, mempersembahkan pilihan penerbitan karya seni bermutu tinggi. Pesta ini akan mencerminkan praktis terkini dan perkembangan amalan seni terbaru melalui pemilihan sebanyak 50 penerbit dari seluruh dunia. Bahan cetak dan media digital disunting oleh penerbit bebas, para artis, majalah, institusi, sekolah seni dan studio reka bentuk grafik diketengahkan dalam edisi pertama ini.

Persidangan dan ceramah oleh penceramah utama, pelancaran buku dan sesi tandatangan oleh penulisnya, ceramah dan persembahan artis akan turut berlangsung di Pesta Buku Seni BSVN Malaysia 2011 ini. Satu siri unik jadual berkurator yang menawarkan pemilihan penerbitan dan juga poster. Perhatian khusus diberikan kepada akademi-akademi seni dan reka bentuk yang berkenaan dengan penerbitan, mereka dijemput untuk membentangkan penerbitan dan siri kuliah terkini. Kemasukan ke Pesta Buku Seni Malaysia 2011 adalah percuma.

Pesta Buku Seni Malaysia 2011 ini dimulakan dan dianjurkan oleh Balai Seni Visual Negara, Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Baca dan komen ya ^____^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...