Friday, November 30, 2012

Missoyaa new blog banner


        Hi, this is other Missoyaa blog banner. I don't know what to put but suddenly I remember about cute blue whale! So I have been searching and surfing the net to find blue whale images then yup I found it. You can see the blue whale image on the right side of the typo, its quit colorful right? That's make it more interesting :). I have also attach a link to my older Missoyaa blog banner.

Click here  to see it ====> Its beautiful!

Thursday, November 29, 2012

Kursus Kahwin December 2012, Kota Kinabalu


Jadual Modul Bersepadu Kursus Pra-Perkahwinan Islam bagi Daerah Kota Kinabalu:

November:

 03 - 04
 10 - 11
 17 - 18
 24 - 25


December:

01 - 02
08 - 09
15 - 16
22 - 23
29 - 30

Yuran penyertaan : RM100 seorang

Sumber: JHEAINS

Dapatkan borang di sini!

Wednesday, November 28, 2012

Rahsia FB-ku

Khusus utk mereka yang gemar berkongsi maklumat di FB dan online


1. REMOVE semua maklumat berkenaan suami, isteri, anak, ibu, bapa, pakcik yang kita publish di Facebook. Tak perlu unfriend mereka, hanya tukar relationship sahaja.

2.JANGAN post gambar anda, anak-anak, keluarga dan sahabat handai. Jika perlu tetapkan setting SECURITY pada kiriminan. Tentukan org-org yg hanya boleh melihat gambar tersebut.

3. Aktifkan option untuk review TAG. Ada didalam ruangan Setting. Pilihan ini akan meminta anda utk approve gambar, post yang anda telah di tag. Jadi ini akan memberikan anda ruang untuk menilai kiriman tersebut samanda ianya akan mengamcam keselamatan

4. JANGAN lah nak bersayang-sayang, aniversary di FB. Buat offline sahajalah.Tindakan seperti ini akan memberitahu siapa orang kesayangan anda dan boleh jadi target

5. HENTIKAN post yang boleh menunjukan anda bersendiri. Sperti "Boringnya, sorang-sorang kat rumah" atau "I nak tido kejap"

6. MATIKAN fungsi geo-location pada pengguna Android atau iPhone. Fungsi ini boleh mendedahkan lokasi anda.

7. Review friendlist anda dengan kerap. Ingat 80% penjenayah ni masih terlepas.

8. REMOVE no telefon dari FB. Kerana penguna Android boleh nampak no telefon anda!

9. Gambar profile letaklah yang sopan .

10. REVIEW semula album FB anda. Mana gambar yg tak patutu delete sahaja !

* Nampak paranoid, tapi kalau korang tgk sendiri baru korang tau. Jangan salahkan pihak berkuasa. Kita sendiri yg expose maklumat peribadi.

sumber: Khairul Amree

Tuesday, November 27, 2012

Selamat Pengantin Baharu lagi



          Selamat pengantin baru Kak Titi (jiran sebelah rumah). Akhirnya, Kak Titi menamatkan zaman kegemilangannya pada usia 30an dengan jejaka pilihan daripada Semenanjung. Menurut cerita orang sebelah, perkenalan mereka bermula dari salah nombor. Lepas ni, mungkinkah Kak Titi akan berhijrah ke Semenanjung mengikut suaminya? ku tak pasti... :) yang saya ni? umur da nak masuk 27tahun tapi tak ada lagi calon2 ni hu3... siapalah jodohku itu ya? Wallahualam, harap2 dia adalah yang terbaik untuk ku cewah!







SELAMAT PENGANTIN BARU

Dear Ann,

Congratulation to you for your big day! Its been such a great time and I' will cherish all our sweet memory since the day we start to be a friend, good friend and forever friend!. You have been a good listener and adviser to all my chaotic life. I am happy for you dear  :) and I am sure you gonna be a good mom.

yeah!
On the left is my BFF also with her baby boy :)











Friday, November 23, 2012

Aku lelaki berkuku panjang


           Tau tak tu kuku sapa? Tu kuku milik seorang lelaki iaitu student saya! Masa saya nampak kuku budak ni mau ja pi ambik kacip kuku & potong masa tu juga tapi apakan daya tak da la pla benda tu ... selamat ko ye. Kenapa lelaki simpan kuku? Kalo perempuan faham2 la jugakan tapi ni lelaki.Senang mo korek dungot ka? hu3...

Di mana ni?


Nah, cuba teka di mana korang pernah nampak tempat ni?

Tuesday, November 20, 2012

Di mana ni?


Di manakah tempat ini? Kalau korang tinggal area Tenghilan mesti dapat jawapan yang tepat! Yang ada gerbang tu ialah pintu masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tenghilan. Apa kena dengan SMK Tenghilan ni dengan saya? Ceritanya begini, di sini la bermulanya saya memandu agak jauh jaraknya tiap-tiap minggu turun pegi ambil adik perempuan saya yang praktikal kat sini. Ada hikmah juga semua inikan :) alhamdullilah...

Pengalaman: Sunburn ke-42 hari

Atas: Sunburn hari 1, Bawah: Sunburn hari ke-42

Ini merupakan entri lanjutan daripada entri Pengalaman: Sunburn Hari 1 saya, maka pada hari ke-42 alhamdullilah adalah juga perubahannya tak la saya rasa segan-segan mo kuar uma lagi hehehe. Selain daripada penggunaan timun dan bedak sejuk dan beberapa produk lain banyak membantu sebelum saya dengan permanent nya menggunakan produk yang betul-betul cun dengan kulit muka saya :)

Di sini saya share dengan korang apa ke bendanya produk tu:

1. Timun / tomato


 


2. Bedak sejuk















3. Papaya soap














4. New ridal yani Aloevera


5. Olay whitening lotion

Wednesday, November 14, 2012

Pilihan yang rendah maharnya



Tips untuk lelaki yang ingin berkahwin. Selain daripada mencari perempuan kerana agamanya seperti yang majoriti kita fahami

Carilah perempuan yang mudah majlis perkahwinannya, rendah maharnya, kerana perempuan yang memudahkan permulaan hidup bersama kita, Insyaa Allah tidak menyusahkan kita dalam kehidupan berumahtangga.

Dipetik dari: Suami Isteri Bahagia

Salam Maal Hijrah 1434

Salam Maal Hijrah, semoga penghijrahan kita akan menjadikan kita lebih baik dan dekat dengan-Nya.

Source from: https://www.facebook.com/brotherhoodarts


Doa Maal Hijrah


Tuesday, November 13, 2012

Pengalaman temuduga PPPS 2012

Klik di sini untuk SENARAI NAMA TERPILIH JAWATAN PPS 2012

           
Pada 11 November lepas saya telah selamat di temuduga oleh pihak MARA untuk jawatan PPPS di Maktab Rendah Sains Mara Kota Kinabalu. Kepada sesiapa yang tak faham apa tu PPPS boleh la klik pada link entri original kat atas sebelah kiri. Untuk entri hari ni, saya nak share sikit pengalaman mengenai temuduga tersebut yang bermula dari jam 7 pagi - 4 petang.

Sesi pendaftaran
- Bermula jam 7am - 8am
- Tandatangan pada borang kehadiran + ambil no: 118 (pakai kat lehe)
- Sila pastikan borang2 LENGKAP!
- Masuk ke dewan (3rd floor).

Sesi Ujian Psychometric
- Jam 8am : Briefing soalan
- Jam 8.30am - 9.45am (1 jam 15 minit)
- Soalan berbentuk Pilihan jawapan (Objectif)
- Soalan berkaitan:
* Isu semasa,
* Mengenai MARA ; sejarah penubuhan, carta organisasi, objektif, fungsi MARA
* Soalan matematik
* Soalan teka gambar
* Pengetahuan umum ; Menteri, PM terdahulu

Sesi Tray-assignment
- Dibahagikan kepada beberapa kumpulan (Saya kumpulan A peserta 1st!)
- Setiap kumpulan akan diberi soalan situasi berbeza. Jawap soalan / penyelesaian di atas kertas mahjong yang disediakan. Kemudian tunggu giliran untuk pembentangan solo!

- Soalan yang saya dapat :
* Situation 9: How would you help a student that have very bad attitude in class?
 (Lebih kurang la bunyinya hehehee). So, saya jawab ikut suka hati ha ha ha...

- Sepanjang menunggu giliran jawab Case Study 1 (BI).

- TIPS: Gunalah bahasa yang anda selesa (Kecuali subjek BI, Math & Sains).


Sesi Mock teaching
- Masih dalam kumpulan sama ( Peserta 1st juga adeiii ).
- 10 minit diberikan untuk anda mengajar olok2, sila anggap panel di depan tu adalah student! Kalo rasa2 mereka tua sangat...ermm tutup mata je ;p
- Sepanjang menunggu giliran jawab Case Study 2 (BI). 

-TIPS:
1) Sila prepare awal2 bahan mengajar anda. (Jangan jadi cam saya yang baru sibuk2 mo prepare)
2) Kalau ada Lesson Plan sediakan saja kot2 mereka minta kan?
3) Practice la awal2 mcm mana teknik untuk mengajar kat depan kelas :) mesti ada sesi introduction yang mantap supaya panel2 tu tak menguap hahahah~

R - E - H - A - T

Sesi Temu duga
- Start dalam jam 2pm.
- Hati mula berdebar kencang! Masih orang 1st dalam kumpulan yang di interview.
- Masuk dewan, edarkan borang penilaian dan letakkan sijil2 kat meja kepada 3 orang panel. Duduk bila disuruh duduk + senyum!
- Sepanjang sesi temu duga tu saya jawab dalam BI. 

- Antara soalan yang disoal:
1) Tell us about your self include your current job.
2) Why do you choose to join this organization? 
3) How do you know a student can draw or not? Pergh...saya jawab soalan ni dgn seriusnya!
4) Do you do any sport? Of course la...
5) Pas tu saya tak ingat lg...hahahaa. Owh akhirnya dorang bagi saya peluang untuk bertanya kepada mereka. Soalan saya berbunyi:

Me:          Sir is there any possibilities that I can join this organization?
Panel :     emmm...tawakal & solat hajat.  

 ( Apa kian jawapan panel ni? at least bgtaw la presentation sy sepanjang di temuduga mcm mn kan? atau bgtaw ciri2 CIKGU yang diorang nak...)

Maka tunggulah jawapannya NEXT MONTH :) Kita tengoklah sama ada rezki ku atau tak ... InsyaAllah kalau rezki tu adalah kan. SELAMAT BERJAYA SEMUA!

Sunday, November 11, 2012

Lawatan SK Inanam

Welcome 
SEKOLAH KEBANGSAAN INANAM





Sesi latihan Lightbox

Salah seorang tenaga pengajar

Sedia !

Sesi fotografi beramai-ramai

Thursday, November 8, 2012

PERADUAN MENGARANG BUKU DBP 2012

Sila klik gambar untuk view lebih jelas
            Peraduan mengarang buku bergambar untuk kanak-kanak sangat sesuai untuk mereka yang minat dalam bidang penulisan dan memberi peluang kepada pelukis untuk saling bekerjasama menghasilkan satu karya yang mantap!

Antara syarat penyertaan:
1. Terbuka kepada WARGANEGARA berusia 18 tahun ke atas.
2. Karya yang dihasilkan hendaklah bersesuaian dengan kanak-kanak 9 tahun ke bawah.
3. Tema cerita : Berlandaskan budaya Malaysia dan cerita rakyat yang bersesuaian.
4. Karya hendaklah asli
5. Satu cerita hendaklah mengandungi 5 illustrasi sahaja.
6. Tarikh tutup: 25 Januari 2013

Klik di sini untuk ke laman web rasmi DBP

Senarai terpilih PPPS 2012

Senarai terpilih untuk temuduga PPPS

Sesi “MARA Assessment Centre (MAC)” iaitu sesi pemilihan dan temuduga ke jawatan
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41/DC41

TARIKH :
10 NOVEMBER 2012 (SABTU : SESI A )
11 NOVEMBER 2012 (AHAD : SESI B )
12 NOVEMBER 2012 (ISNIN : SESI C )

MASA

7.00 PAGI

TEMPAT :
MAKTAB RENDAH SAINS MARA KOTA KINABALU SABAH
P.O BOX 50167,
88722, Putatan, Kota Kinabalu
Tel: 088 755213/088755214

PERHATIAN :
Sila bawa DOKUMEN ASAL dan satu (1) salinan bagi perkara – perkara seperti berikut :‐
A. RESUME YANG LENGKAP
B. KAD PENGENALAN
C. SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
D. DIPLOMA PERGURUAN/PENDIDIKAN DAN TRANSKRIP (SEKIRANYA ADA)
E. IJAZAH SARJANA MUDA DAN TRANSKRIP
F. DUA (2) KEPING GAMBAR BERUKURAN PASSPORT ‐ sila tulis nama & no. KP
G. CETAK TIGA (3) BORANG MARKAH TEMUDUGA ‐ di lampiran C & F .
H. CETAK DAN LENGKAPKAN SATU (1) BORANG PERMOHONAN JAWATAN – di lampiran E. Employment Apllication

KAEDAH PENILAIAN :
A. Ujian Psychometric
B. Penilaian Temu Duga
C. Tugasan Individu ( Micro Teaching/Amali Pra‐ Mengajar)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...