Sunday, January 27, 2013

Rebet RM200 HP di area KK

Kepada mereka yang da apply rebet HP RM200 tahniah! Di sini admin mo share tempat2 yang boleh rebet HP tu di area Kota Kinabalu.

1. SenQ Karamunsing - Kawan office mate saya ambil Xperia Tipo selepas rebet harga jadi RM229.
Ingat lagi Uncle SenQ? yang buat gempak di kedai SenQ 1B 2012 hehehe...

2. Kedai jual HP jenama Ninetology di Center Point, KK Plaza & Asia City (HQ) atau boleh search page FB: Ninetology Sabah - Saya minat sangat dengan Ninetology Black Pearl II tapi apakan daya habis stok la pula! Untuk pengetahuan pembaca, HP Ninetology yang available di KK Plaza cuma model INSIGHT sahaja :)

4 jenis model HP Ninetolgy utk pakej SKMM

 3. Mana2 cawangan Maxis, Celcom & Digi tapi kalau tak silap kena beli by pakej + kontrak.

Monday, January 14, 2013

Semakan jawatan PPPS 2013

Assalammualaikum,

          Entri ini khas untuk mereka yang pernah mengikuti temuduga jawatan sebagai PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH dibawah Majlis Amanah Rakyat (MARA). Anda boleh semak keputusan di www.mara.gov.my atau terus ke link ini.

Masukkan no.ic anda

TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA!!
tak pa cuba lagi :)

Sunday, January 6, 2013

Bajet 2013 rebat HP RM200


Dalam bajet 2013 kerajaan telah memperuntukkan  rebat RM200 untuk golongan belia memiliki telefon pintar 3G atau lebih dikenali sebagai Pakej Komunikasi Belia. Pemohon yang layak boleh membuat  permohonan melalui laman web SKMM bermula 1 Januari 2013.

Berikut adalah beberapa syarat wajib permohonan:
 
i. Warganegara Malaysia yang berumur di antara 21-30 tahun pada tarikh memohon;
ii. Pendapatan bulanan adalah RM3,000 dan ke bawah;
iii. Model telefon pintar 3G yang ditawarkan;
iv. Untuk langganan baru dan sedia ada pakej jalurlebar; dan
v. Satu telefon hanya untuk satu belia; 


Peringatan:

i.   Penebusan rebat ini akan luput selepas satu (1) bulan tiga (3) bulan dari tarikh permohonan berjaya.

ii. Permohonan semula hanya dibenarkan dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh permohonan.
iii. Pemohon hanya layak untuk menebus telefon yang berharga tidak lebih daripada RM500 dan yang telah diluluskan oleh SKMM.
 


*Updated on Febbuari: Kini semua jenis Hp boleh rebet . Baca di sini.

Pemohon dikehendaki mengisi secara online di laman web SKMM. Jika anda sudah bekerja klik pada BORANG PERMOHONAN DALAM TALIAN: PEKERJA. Antara maklumat yang anda perlu isi seperti:

a) Nama penuh
b) No ic
c) Email
d) No.hp
e) Gaji kasar
f) No. KWSP
g) Nama majika & alamat majikan.

Akhir sekali, da settle semua kena TUNGGU...dan TUNGGU... part ni yg payah sikit jadi korang kena la banyak bersabar hehehe. Selamat mengisi borang online.

Tuesday, January 1, 2013

Happy New Year 2013

Image from here
 
Goodbye 2012 and Welcome 2013


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...