Sunday, January 6, 2013

Bajet 2013 rebat HP RM200


Dalam bajet 2013 kerajaan telah memperuntukkan  rebat RM200 untuk golongan belia memiliki telefon pintar 3G atau lebih dikenali sebagai Pakej Komunikasi Belia. Pemohon yang layak boleh membuat  permohonan melalui laman web SKMM bermula 1 Januari 2013.

Berikut adalah beberapa syarat wajib permohonan:
 
i. Warganegara Malaysia yang berumur di antara 21-30 tahun pada tarikh memohon;
ii. Pendapatan bulanan adalah RM3,000 dan ke bawah;
iii. Model telefon pintar 3G yang ditawarkan;
iv. Untuk langganan baru dan sedia ada pakej jalurlebar; dan
v. Satu telefon hanya untuk satu belia; 


Peringatan:

i.   Penebusan rebat ini akan luput selepas satu (1) bulan tiga (3) bulan dari tarikh permohonan berjaya.

ii. Permohonan semula hanya dibenarkan dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh permohonan.
iii. Pemohon hanya layak untuk menebus telefon yang berharga tidak lebih daripada RM500 dan yang telah diluluskan oleh SKMM.
 


*Updated on Febbuari: Kini semua jenis Hp boleh rebet . Baca di sini.

Pemohon dikehendaki mengisi secara online di laman web SKMM. Jika anda sudah bekerja klik pada BORANG PERMOHONAN DALAM TALIAN: PEKERJA. Antara maklumat yang anda perlu isi seperti:

a) Nama penuh
b) No ic
c) Email
d) No.hp
e) Gaji kasar
f) No. KWSP
g) Nama majika & alamat majikan.

Akhir sekali, da settle semua kena TUNGGU...dan TUNGGU... part ni yg payah sikit jadi korang kena la banyak bersabar hehehe. Selamat mengisi borang online.

No comments:

Post a Comment

Baca dan komen ya ^____^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...