Saturday, September 29, 2012

Pakai la Sunblock


             Salam, hari ni office ada buat ala2 family day...so saya kena handle aktiviti start dari jam8am-3pm. Punyalah main temberangkan tidak pakai SUNBLOCK! Nah, ambik ko kena suda sunburn di muka ha3. You all kalo pegi tempat2 yang panas atau aktiviti luar yang panjang terutamanya pantai! Pegi la beli sunblock atau sunscreen kan mencegah itu lebih baik? Jgn jadi cam saya ye kawan2 ha3.

SUNBLOCK

Adalah barangan wajib yang perlu dipakai jika kamu menjalani aktiviti luar yang panas. Penggunaan sunblock bergantung kepada jenis kulit seperti:

1.  Kulit yang sangat berminyak:

Gunakan losen penyerap minyak terlebih dahulu sebelum menggunakan sunblock.

2.  Kulit berminyak:

Pilih sunblock yang bebas minyak (oil free) dan lebih baik jika kalis air (waterproof) kerana ia tidak akan luntur dek peluh.

3.  Kulit kering:

Gunakan pelembab yang mengandungi sunblock sebaiknya minimum SPF 15. Juga pastikan ia bersifat Board Spectrum iaitu melindungi kulit dari sinar UVA (penyebab penuaan kulit) dan UVB (penyebab gelapnya kulit)

SPF ITU APA?

- Bermaksud Sun Protection Factor.

- Angka yang tertera pada SPF menunjukkan berapa lama anda boleh berada di bawah cahaya matahari sebelum terbakar sinarnya. Contohnya, SPF 15, bila anda bertahan di bawah sinar matahari selama 15 minit, maka produk tersebut akan melindungi kulit selama 225 minit (15*15=225) atau 3 jam 45 minit.

- Bila kamu tidak banyak melakukan akitiviti luar, sebaiknya pilih SPF yang rendah iaitu SPF 10.

- Perlu diketahui, bahawa SPF hanya dapat melindungi kulit daripada sinaran UVB sahaja. Sebaiknya pilih produk yang sekali gus dapat melindungi kulit dari bahaya sinar UVA, iaitu mengandungi avobenzone, titanium dioxide atau zinc oxide.

- Formula tambahan yangboleh dijadikan pilihan adalah seperti yang mengandungi vitamin C dan vitamin E, kerana kedua-duanya boleh mengelakkan efek negatif dari radikal bebas yang dibawa oleh sinar matahari.


TIPS BILA KENA SUNBURN

1. Lidah Buaya

Lendir lidah buaya yang segar dari daunnya merupakan ubat paling mujarab untuk menghilangkan kesan terbakar matahari. Potong daun lidah buaya dan sapukan lendirnya pada kawasan yang terbakar. Ia akan melegakan kulit muka.


2. Timun dan Tomato
 

Ambil hirisan timun atau tomato yang telah disejukkan dan letakkan pada kawasan yang terkena panahan matahari. Astrigen semula jadi dalam jus kedua-dua jenis sayur ini membantu meredakan kesakitan dan menghilangkan kesan kemerahan akibat kulit yang terbakar.


3. Yorgart


Pastikan jangan pula sapukan yogurt berperisa pada kulit. Ambil yogurt asli dan ratakan pada kulit yang terkena panahan matahari. Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air sejuk. lap sehingga kering dengan perlahan-lahan.

Skrg ni sy guna tips pakai timun kat muka...alhamdulllilah berkesan utk meredahkan rasa berdenyut2 di muka ini :)

6 ITEM KURANGKAN KESAN SUNBURN DI RUMAH
1. Air - Minum dengan banyak.

2. Ais - Letakkan dibahagian yang kena Sunburn.

3. Timun - mengurangkan rasa panas dan gatal.

4. Baking soda - Semasa mandi masukkan 1 sukatan baking soda ke dalam air mandian. Kemudian berendam dalam air selama 25 minit dan rasa gatal pada kulit akan kurang.

5. Lemon - Letakkan titisan juice ke bahagian yang kena sunburn.

6. Mandian oatmeal

More here

No comments:

Post a Comment

Baca dan komen ya ^____^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...