Tuesday, November 13, 2012

Pengalaman temuduga PPPS 2012

Klik di sini untuk SENARAI NAMA TERPILIH JAWATAN PPS 2012

           
Pada 11 November lepas saya telah selamat di temuduga oleh pihak MARA untuk jawatan PPPS di Maktab Rendah Sains Mara Kota Kinabalu. Kepada sesiapa yang tak faham apa tu PPPS boleh la klik pada link entri original kat atas sebelah kiri. Untuk entri hari ni, saya nak share sikit pengalaman mengenai temuduga tersebut yang bermula dari jam 7 pagi - 4 petang.

Sesi pendaftaran
- Bermula jam 7am - 8am
- Tandatangan pada borang kehadiran + ambil no: 118 (pakai kat lehe)
- Sila pastikan borang2 LENGKAP!
- Masuk ke dewan (3rd floor).

Sesi Ujian Psychometric
- Jam 8am : Briefing soalan
- Jam 8.30am - 9.45am (1 jam 15 minit)
- Soalan berbentuk Pilihan jawapan (Objectif)
- Soalan berkaitan:
* Isu semasa,
* Mengenai MARA ; sejarah penubuhan, carta organisasi, objektif, fungsi MARA
* Soalan matematik
* Soalan teka gambar
* Pengetahuan umum ; Menteri, PM terdahulu

Sesi Tray-assignment
- Dibahagikan kepada beberapa kumpulan (Saya kumpulan A peserta 1st!)
- Setiap kumpulan akan diberi soalan situasi berbeza. Jawap soalan / penyelesaian di atas kertas mahjong yang disediakan. Kemudian tunggu giliran untuk pembentangan solo!

- Soalan yang saya dapat :
* Situation 9: How would you help a student that have very bad attitude in class?
 (Lebih kurang la bunyinya hehehee). So, saya jawab ikut suka hati ha ha ha...

- Sepanjang menunggu giliran jawab Case Study 1 (BI).

- TIPS: Gunalah bahasa yang anda selesa (Kecuali subjek BI, Math & Sains).


Sesi Mock teaching
- Masih dalam kumpulan sama ( Peserta 1st juga adeiii ).
- 10 minit diberikan untuk anda mengajar olok2, sila anggap panel di depan tu adalah student! Kalo rasa2 mereka tua sangat...ermm tutup mata je ;p
- Sepanjang menunggu giliran jawab Case Study 2 (BI). 

-TIPS:
1) Sila prepare awal2 bahan mengajar anda. (Jangan jadi cam saya yang baru sibuk2 mo prepare)
2) Kalau ada Lesson Plan sediakan saja kot2 mereka minta kan?
3) Practice la awal2 mcm mana teknik untuk mengajar kat depan kelas :) mesti ada sesi introduction yang mantap supaya panel2 tu tak menguap hahahah~

R - E - H - A - T

Sesi Temu duga
- Start dalam jam 2pm.
- Hati mula berdebar kencang! Masih orang 1st dalam kumpulan yang di interview.
- Masuk dewan, edarkan borang penilaian dan letakkan sijil2 kat meja kepada 3 orang panel. Duduk bila disuruh duduk + senyum!
- Sepanjang sesi temu duga tu saya jawab dalam BI. 

- Antara soalan yang disoal:
1) Tell us about your self include your current job.
2) Why do you choose to join this organization? 
3) How do you know a student can draw or not? Pergh...saya jawab soalan ni dgn seriusnya!
4) Do you do any sport? Of course la...
5) Pas tu saya tak ingat lg...hahahaa. Owh akhirnya dorang bagi saya peluang untuk bertanya kepada mereka. Soalan saya berbunyi:

Me:          Sir is there any possibilities that I can join this organization?
Panel :     emmm...tawakal & solat hajat.  

 ( Apa kian jawapan panel ni? at least bgtaw la presentation sy sepanjang di temuduga mcm mn kan? atau bgtaw ciri2 CIKGU yang diorang nak...)

Maka tunggulah jawapannya NEXT MONTH :) Kita tengoklah sama ada rezki ku atau tak ... InsyaAllah kalau rezki tu adalah kan. SELAMAT BERJAYA SEMUA!

17 comments:

  1. nice info...i br jer dapat pggln temuduga ni 26 nov ni...u mohon utk opsyen apa yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi cik BB, sy dapat subjek Pendidikan Seni Reka, so kepada mereka yg ambik subjek ni bawa sekali PORTFOLIO ye ^_^. Cik BB pla?

      Delete
    2. cikbb amek opsyen KH...nebes plak......ujian psychometric tu camana? susah?

      Delete
    3. Hi cikBB, ujian tu dy ada mcm2 soalan dr matematik, kreatif, pengetahuan am dan psl hal2 MARA. Kalo sy la yg da lama x kira mengira ni mmg susa hehehe... akhirnya main tembak jew :3

      Delete
  2. hai. saya pun baru pas pergi MAC ni... Missoyaa, bole saya tahu bagaimana awk tahu keputusan ni keluar next month? betol ke... tQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, dari apa yg penilai tu bagi tau keputusan akan keluar dlm bln DESEMBER ni. Mereka akan telefon sendiri atau melalui email :)

      Delete
  3. Salam, hai...keputusan dia da keluar ke belum ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks :) kalu awk ade info result dia kongsi la ye.....bg link ke...hee.. TQ :)

      Delete
    2. Salam, betul ke result da keluar?

      Delete
    3. Result da klr :)

      http://missoyaa.blogspot.com/2013/01/semakan-jawatan-ppps-2013.html

      Delete
  4. keputusan dah keluar....sesiapa yg berjaya akan dapat surat..........daftar pada 2 january 2012................

    ReplyDelete
  5. Hi, anda boleh membuat semakan di website MARA atau baca entri ini http://missoyaa.blogspot.com/2013/01/semakan-jawatan-ppps-2013.html

    ReplyDelete
  6. as salam..missoya..adakah semua soalan dalam BI....sya ada mntk mara bru2 nie tp xtau la bila dpanggi interview...

    ReplyDelete
  7. salam.. klu subjek bm, kena cakap dalam bi jg ke? n soalan tentang tugasan individu tu yg kena tulis di kertas mahjong tu.. kena ckp dalam bi or bm?

    ReplyDelete

Baca dan komen ya ^____^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...