Monday, December 19, 2011

5 kriteria wanita menilai tingkah laku suami

INI HANYA INFO JIKA ANDA RASA TAK BETUL JANGAN LA MARAH BAK KATA SAYA YANG BAIK SHARE2 YANG TAK BAIK BYE2





Bercakap + berbual mesra dalam tempoh lama
Bagi wanita, perbuatan ini hanya boleh dilakukan oleh lelaki dengan isterinya, tidak dengan wanita lain. Itulah sebabnya wanita berasa cemburu apabila suaminya menghabiskan waktu yang panjang berbual mesra dengan wanita lain. 
Tahap cemburu :4/5


Usik + bergurau + bergelak

 Bagi wanita perbuatan ini juga hanya boleh dilakukan oleh lelaki dengan isterinya saja, tidak dengan wanita lain. Itulah sebabnya perbuatan ini juga menimbulkan perasaan cemburu yang amat kuat di hati wanita. 
Tahap cemburu :4/5


Mencurahkan masalah peribadi
Bagi wanita, suaminya tidak patut mencurahkan perasaan dan masalah peribadinya kepada wanita lain kecuali dirinya. Justeru, apabila lelaki melakukan tingkah-laku yang sepatutnya sangat eksklusif itu dengan wanita lain, nilai tingkah laku itu jatuh menjunam di mata si isteri. 


Bagi si isteri, tingkah laku itu tidak lagi membawa makna dan kepuasan yang sama seperti dulu bahkan menimbulkan rasa cemburu yang sangat kuat.  
Tahap cemburu :5/5


Eksklusif tanpa isteri
 Lelaki melakukan pelbagai perkara dengan orang lain tetapi tidak pernah dengan isterinya. Sebagai contoh, lelaki tidak bermain bola dengan isterinya. Tingkah laku suami yang tidak pernah dibuat dengan isterinya diberikan nilai rendah oleh isteri. Jadi, perbuatan suaminya bermain bola dengan lelaki lain tidak menimbulkan cemburu isterinya (tidak semua hehehe). 

Tahap cemburu :2/5


Inklusif

Ada kalanya lelaki melakukan perbuatan baik dengan isterinya atau dengan orang lain, contohnya makan. Perbuatan makan dilakukan oleh lelaki baik dengan isterinya atau orang lain. 


Perbuatan ini diberi nilai sederhana tingginya oleh itu isteri berasa sederhana puas apabila makan dengan suaminya. Suaminya duduk makan semeja dengan rakan wanita sekerjanya menimbulkan reaksi cemburu yang sederhana kuatnya. 
Tahap cemburu :3/5

No comments:

Post a Comment

Baca dan komen ya ^____^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...