Monday, December 19, 2011

Lelaki suka wanita yang bersifat?


Keibuankebanyakkan lelaki suka dengan wanita yang ada ciri-ciri keibuan, lembut, prihatin dan penuh kasih sayang. Lelaki juga akan tenteram bila terpandang wajah keibuan (betulkan kaum lelaki?) hehehe 

Prihatin dan menghargai - Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman dan akan merasa bangga bila dihargai! (wanita pun sama juga). Lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. 

Menjaga penampilan - Wanita yang pandai menjaga penampilan dan kelihatan sentiasa cantik, bersih, kemas dan menarik menjadi pilihan lelaki. Penampilan menunjukkan wanita mampu menghargai diri. 

Bijak berbicara - Wanita yang bijak berkomunikasi mendapat perhatian lelaki terutama apabila diajak berbual. Wanita seperti ini bukan sahaja menjadi pendengar yang baik tetapi juga mampu memberi input dan bijak mengambil kesempatan untuk meluahkan pendapat apabila diajak berbual. Mereka juga boleh menjadikan lelaki cair apabila boleh berjenaka dan mengusik. 

Solehah - Lelaki juga suka kepada wanita yang solehah dan mampu membawa diri dalam apa juga keadaan serta menjaga tatatertib di khalayak. Terbaik....!!

Rasanya, saya ada sifat2 semua tu (kot)... tapi x leh la tunjuk semuakan hahaha!

No comments:

Post a Comment

Baca dan komen ya ^____^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...