Monday, February 6, 2012

Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia

Salam 1Malaysia!
Jom kita semua 'mengambil-tahu' mengenai SKIM SIMPANAN PERSARAAN 1MALAYSIA. Kepada mereka yang bekerja sendiri dan tidak mempunyai pendapatan tetap amat sesuai untuk mendaftar skim ini. Teringat ibu saya yang sekarang ini masih meneruskan perniagaan menjahitnya. InsyaAllah saya akan usulkan skim ini kepada beliau dan mungkin rakan-rakan tukang jahit yang ada berdekatan dengan ibu saya bekerja. Jadi anda bila lagi? Sebarkan skim ini untuk masa tua :)

Untuk keterangan lanjut sila ke website KWSP: Skim simpanan persaraan 1Malaysia

Soal jawab mengenai Skim ini:

1. Apakah itu Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia?
Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia adalah inisiatif kerajaan untuk memastikan golongan yang    bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap mempunyai simpanan apabila mencapai umur persaraan.

2. Apakah konsep Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia?
Bertujuan menggalakkan golongan yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk mencarum secara sukarela mengikut kemampuan.

3. Antara pihak yang tergolong dalam golongan bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap adalah: 
Petani/ nelayan/ pemandu teksi 
Peniaga kecil/ penjaja/ peniaga pasar malam/ peniaga uptown 
Pengasuh budak 
Ejen menerima komisen (cth: ejen insurans, ejen hartanah) 
Freelancer (cth: menerima bayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai deejay, penyanyi, pelakon, fitness instructor, perunding) 
Pemilik perniagaan (pemilik tunggal/rakan kongsi) yang membeli dan menjual barangan/perkhidmatan 
Pemilik perniagaan dalam talian (online business) 
Pemilik praktis sendiri (cth: akauntan, doktor, peguam) 
Surirumah 
Golongan profesional 
Golongan yang menawarkan perkhidmatan (cth: tukang urut, perancang perkahwinan, katerer) 
Pekerja berpencen

4.Syarat-syarat kelayakan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia?
a) Warganegara Malaysia
b) ‘Orang Yang Bekerja Sendiri’ ertinya mana-mana orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja.
c) Merupakan ahli KWSP; DAN
d) Telah membuat pilihan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia.

5. Bolehkah ahli yang sedang mencarum di bawah ‘Caruman Bekerja Sendiri’ memilih Skim ini?
Boleh. Ahli perlu membuat permohonan pilihan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia terlebih dahulu tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

6. Bolehkah saya menyertai Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia jika saya merupakan seorang pekerja bergaji tetap?
Tidak boleh dan tidak layak untuk menerima sumbangan Kerajaan.

7. Bagaimanakah untuk membuat permohonan pilihan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia?
Ahli perlu mendaftar sebagai pencarum SP1M dengan cara berikut:
a) Menggunakan Borang Permohonan Pilihan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia [KWSP 16G(1M)] yang boleh diperolehi di Kaunter KWSP atau Laman Web KWSP (www.kwsp.gov.my)
b) Serahan permohonan di Kaunter KWSP atau melalui mel

8. Bagaimanakah untuk membuat bayaran caruman Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia?
Cara membuat bayaran caruman Simpanan Persaraan 1Malaysia:
a) Menggunakan Borang Bayaran Simpanan Persaraan 1Malaysia (KWSP 6A(2)) yang boleh diperolehi di mana-mana Kaunter KWSP atau Laman Web KWSP (www.kwsp.gov.my)
b) Borang KWSP 6A(2) hendaklah diserahkan bersama tunai/cek di kaunter KWSP/mel atau di kaunter ejen bank yang dilantik iaitu RHB, MBB, PBB dan BSN.

9. Bolehkah amaun bayaran caruman Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia berubah-ubah?
Boleh. Tertakluk kepada amaun minimum RM50.

10. Adakah bayaran caruman Skim Simpanan Persaraan 1 Malaysia perlu dibuat setiap bulan secara tetap?
Tidak semestinya. Bayaran caruman Skim Simpanan Persaraan 1 Malaysia boleh dibuat pada bila-bila masa mengikut kemampuan.

11. Adakah amaun caruman Skim Simpanan Persaraan 1 Malaysia mendapat dividen?
Ya, simpanan di bawah Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia akan menerima dividen tahunan sehingga ahli berumur 75 tahun.

Note: Harap info ini boleh membantu anda yang masih blur (seperti saya). 

No comments:

Post a Comment

Baca dan komen ya ^____^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...